Tuesday, 30 December 2014

Panduan Doa Ringkas Selepas Solat Mudah Rumi ( Doa 1 )

Assalamualaikum 
Alhamdulillah. saya terpanggil dan diberikah hidayah oleh Allah SWT untuk sama-sama share pengetahuan saya yang tidak seberapa. Saya akan cuba untuk share seberapa tepat yang mungkin. Panduan ini diharap dapat membantu muslimin dan muslimat yang tercari2 panduan mudah untuk membantu melakukan amalan ibadah selepas  solat. Boleh hafal sedikit2 sehingga lengkap semuanya. 
Insya Allah.





Panduan Dalam Rumi dan Maksud
1. Bismillah hir'rahma nirra'him
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

2. Alhamdulillah hirob bil a'lamin
3. Wassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi ajma'in
Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

4.Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waad khilnal jannata ma al iiman
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

5.Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo( soghiroo)
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 
 
6.Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah, wala tahtam alaina bisuu ii' khotimah

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik

7.Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

 8.Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa azab'bannar
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

9.Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi was'salam
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. 

10.Walham dulillah hirob'bil a'lamiin
Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Kalau ada silap dan salah mohon maaf segala kelemahan hamba.

No comments:

Post a Comment